Wednesday, November 11

hrmmmmmmmmmmm....lega sikiiitt~~

Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara
satu hingga dua tahun. Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu? misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.Sebenarnya luka pembedahan akan
pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat
dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun. Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

.......lega skit hati aku bile bace pendapat doktor pakar sakit puan nih berkaitan dgn jarak kehamilan bg ceaser mummy...yup! aku x nafi...b4 dis mmg aku takut sangat kalo kalo aku "ter"pregnant lagi..obviously aku mmg x amik any pills sbb aku xnk bedepan ngan risiko pengambilan ubat femly planning..tetapi! dalam mase yg same...aku n hubby seriously belom bersedia nk ade 2nd baby...mostly sbb me n hubby takut sangat pasal luka bedah terbuka balik...ropenye-ropenye...luka tu dh ok spenuhnye n x brubah kekuatannya walau ditunggu bertahun-tahun..so for all ceaser mommies out there..u can smile now if u know that u guys "ter"pregnant after u all passs bangat abes pantang....ingat! kalo dh ade isi tu..maknenye Allah nk bagi rezeki..so..BERSYUKURLAH~~ ..chaaaa..

No comments:

Post a Comment